Skip to content

Seksyen 63

Cahaya berbahaya

of Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (Pengendalian Aerodrom) 2016

P.U. (A)In forceProvision 62 of 67
Seksyen 63
(1)

Tiada seorang pun boleh mengunjurkan cahaya berhampiran dengan suatu aerodrom yang dengan silauannya boleh membahayakan keselamatan kapal udara yang tiba atau berlepas dari aerodrom itu.

P.U. (A) 98 47

(2)

Jika pada pendapat Ketua Pengarah, suatu cahaya boleh membahayakan keselamatan suatu kapal udara, Ketua Pengarah boleh mengarahkan orang yang mengendalikan atau mengawal cahaya itu untuk memadamkan cahaya itu dan menghalang pengunjuran cahaya itu bagi suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah.