Malaysia legislation
Section 3
of PERATURAN-PERATURAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PELESENAN TERMINAL) (DEPOH KONTENA) 2024
Seksyen 3
Tafsiran
“depoh kontena”
ertinya suatu kawasan bagi penyimpanan kontena yang digunakan bagi import atau eksport barangan di mana-mana kawasan selain kawasan yang diwartakan di bawah Akta Pihak Berkuasa Pelabuhan 1963
[Akta 488] atau Akta Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang 1955 [Akta 140];
P.U. (A) 251 5
“fi lesen” ertinya fi yang dikenakan kepada pemegang lesen terminal depoh kontena sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama;
“operasi terminal depoh kontena” ertinya apa-apa perkhidmatan atau aktiviti berkaitan dengan pengambilan, penghantaran, penyimpanan dan pembaikan kontena kosong atau lain-lain aktiviti yang berkaitan di dalam terminal depoh kontena termasuklah—
(a)
kutipan fi terminal depoh kontena;
(b)
pengurusan dan pengawalseliaan operasi terminal depoh kontena;
(c)
pembersihan dan penyenggaraan; dan
(d)
sistem keselamatan dan sekuriti;
“pemegang lesen terminal depoh kontena” ertinya pemegang suatu lesen yang dikeluarkan di bawah Bab 2 Bahagian II Akta bagi aktiviti yang berhubungan dengan operasi terminal depoh kontena;
“pengguna terminal depoh kontena”
ertinya mana-mana orang yang menggunakan apa-apa perkhidmatan yang disediakan di dalam suatu depoh kontena.