Seksyen 5
Bentuk lesen
of Peraturan-Peraturan Pengangkutan Awam Darat (Pelesenan Terminal) (Depoh Kontena) 2024
P.U. (A)In forceProvision 5 of 8
Seksyen 5
(1)
Suatu lesen terminal depoh kontena yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
Pengangkutan Awam Darat hendaklah mengandungi—
(a)
sijil lesen terminal depoh kontena; dan
(b)
syarat lesen terminal depoh kontena.
(2)
Suatu sijil lesen terminal depoh kontena hendaklah mengandungi maklumat yang berikut:
(a)
jenis terminal;
(b)
nombor lesen;
(c)
nama pemegang lesen terminal depoh kontena;
(d)
alamat terminal depoh kontena;
(e)
butir-butir perkhidmatan; dan
(f)
tarikh mula berkuat kuasa dan sah laku lesen.