Malaysia legislation
Section 7
of PERATURAN-PERATURAN PENGANGKUTAN AWAM DARAT (PELESENAN TERMINAL) (DEPOH KONTENA) 2024
Seksyen 7
(1)
Mana-mana pemegang lesen terminal depoh kontena hendaklah mengemukakan permohonan bagi pengubahan lesen terminal sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam perkara yang berikut:
(a)
pegangan ekuiti syarikat pemegang lesen terminal depoh kontena;
(b)
keanggotaan ahli lembaga pengarah syarikat pemegang lesen terminal depoh kontena;
(c)
nama dan alamat syarikat pemegang lesen terminal depoh kontena;
(d)
alamat operasi terminal depoh kontena; atau
(e)
perubahan kepada pelan lantai terminal depoh kontena.
(2)
Permohonan bagi pengubahan suatu lesen terminal depoh kontena oleh seseorang pemegang lesen terminal depoh kontena hendaklah—
(a)
dibuat dalam bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh
Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat;
(b)
disertakan dengan fi sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Pertama; dan
(c)
disertakan dengan apa-apa maklumat dan dokumen seperti yang berikut:
(i)
justifikasi pengubahan; dan
P.U. (A) 251 8
(ii)
data dan maklumat lain yang menyokong permohonan pengubahan itu.
(3)
Sekiranya permohonan bagi pengubahan suatu lesen terminal depoh kontena diluluskan, Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat hendaklah mengeluarkan lesen terminal depoh kontena yang baharu kepada pemohon dan boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkannya patut.
Salinan pendua lesen