Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (JENIS KHIDMAT MASYARAKAT DAN CARA PENGAWASAN PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT) 2025

Seksyen 3

Pengawasan oleh pegawai diberi kuasa

Pelaksanaan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen 77B(1) Akta hendaklah diawasi oleh pegawai diberi kuasa mengikut cara yang berikut:

(a)

untuk memberikan taklimat mengenai skop dan tatacara pelaksanaan suatu khidmat masyarakat;

(b)

untuk menunjukkan cara penggunaan yang betul dan selamat bagi setiap peralatan;

P.U. (A) 470 3

(c)

untuk menerangkan tatacara keselamatan sebelum melaksanakan suatu khidmat masyarakat;

(d)

untuk memastikan langkah kawalan keselamatan diambil, termasuk menyediakan tanda amaran, sarung tangan, pelitup muka dan jaket keselamatan;

(e)

untuk mengawasi pelaksanaan suatu khidmat masyarakat;

(f)

untuk merekodkan kehadiran dan pelaksanaan suatu khidmat masyarakat;

dan

(g)

untuk menyediakan suatu laporan mengenai pelaksanaan suatu khidmat masyarakat.

Section 3 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (JENIS KHIDMAT MASYARAKAT DAN CARA PENGAWASAN PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT) 2025