Skip to content

Seksyen 3

Pengawasan oleh pegawai diberi kuasa

of Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Jenis Khidmat Masyarakat dan Cara Pengawasan Pelaksanaan Khidmat Masyarakat) 2025

P.U. (A)In forceProvision 3 of 3
Seksyen 3

Pelaksanaan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen 77B(1) Akta hendaklah diawasi oleh pegawai diberi kuasa mengikut cara yang berikut:

(a)

untuk memberikan taklimat mengenai skop dan tatacara pelaksanaan suatu khidmat masyarakat;

(b)

untuk menunjukkan cara penggunaan yang betul dan selamat bagi setiap peralatan;

P.U. (A) 470 3

(c)

untuk menerangkan tatacara keselamatan sebelum melaksanakan suatu khidmat masyarakat;

(d)

untuk memastikan langkah kawalan keselamatan diambil, termasuk menyediakan tanda amaran, sarung tangan, pelitup muka dan jaket keselamatan;

(e)

untuk mengawasi pelaksanaan suatu khidmat masyarakat;

(f)

untuk merekodkan kehadiran dan pelaksanaan suatu khidmat masyarakat;

dan

(g)

untuk menyediakan suatu laporan mengenai pelaksanaan suatu khidmat masyarakat.