Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain─
“hierarki sisa” ertinya pemeringkatan pengendalian pengurusan sisa mengikut manfaatnya ke atas alam sekitar pada susunan prioriti yang berikut:
(a)
pertama, pengurangan penghasilan sisa;
(b)
kedua, penggunaan semula bahan sisa;
(c)
ketiga, pengitaran semula bahan sisa bagi keluaran yang serupa atau baharu;
P.U. (A) 302 5
(d)
keempat, penggunaan tenaga daripada sisa; dan
(e)
akhirnya, pelupusan sisa seperti penambaktanahan;
“kawasan skim” ertinya kawasan geografi bagi skim yang berkenaan;
“kemudahan bahan api terbitan sampah” ertinya suatu kemudahan di mana terbitnya keluaran bahan api daripada sisa pepejal terkawal melalui suatu proses gabungan yang boleh termasuk pengasingan, pengeringan, penyiatan atau pemadatan, dan yang boleh melibatkan bahan yang boleh dikitar semula didapatkan semula dan pengalihan bahan yang tidak boleh diproses seperti tanah dan batu;
“kemudahan biogas” ertinya suatu kemudahan di mana terhasilnya biogas melalui proses pencernaan anaerob sisa pepejal terkawal terbiodegradasi organik bagi maksud penggunaan gas itu sebagai sumber tenaga;
“kemudahan mendapatkan semula bahan” ertinya suatu kemudahan yang direka bentuk dan dikendalikan untuk memproses sisa pepejal terkawal dengan menggunakan kaedah mekanikal untuk mengasingkan bahan berguna daripada aliran sisa untuk digunakan sebagai bahan mentah atau keluaran;
“kemudahan pengolahan dan pelupusan” ertinya suatu kemudahan bahan api terbitan sampah, kemudahan biogas, kemudahan pengomposan komunal atau komersial, kemudahan mendapatkan semula bahan, loji pengolahan haba, tambak tanah lengai, tambak tanah kebersihan dan tapak pelupusan;
“kemudahan pengomposan komunal atau komersial” ertinya suatu kemudahan di mana penguraian mikrob sisa pepejal terkawal organik dijalankan di dalam keadaan aerob terkawal untuk menukarkan bahan organik kepada keluaran seperti humus untuk digunakan sebagai pembaik tanah atau baja dan boleh termasuk pengomposan cacing, tebas susun balikan, timbunan statik berudara atau sistem pengudaraan dalam
P.U. (A) 302 6
bejana yang memberikan perkhidmatan kepada dua atau lebih premis, dan dalam hal kemudahan pengomposan komersial, yang mengeluarkan kompos untuk dijual;
“kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan” ertinya mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan di bawah peraturan 3;
“loji pengolahan haba” ertinya suatu loji pegun atau bergerak di mana sisa pepejal terkawal diolah dalam keadaan terkawal melalui penunuan pembakaran besar-besaran, pengegasan, teknologi plasma, pirolisis atau cara pengolahan yang lain di bawah suhu terkawal atau tekanan atmosfera;
“pemegang lesen bagi kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan”
ertinya mana-mana orang yang memegang lesen di bawah Peraturan-Peraturan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengurusan atau
Pengendalian
Kemudahan
Pengurusan
Sisa
Pepejal yang
Ditetapkan)
2011
[P.U. (A) 304/2011];
“skim” ertinya sistem bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang menyatakan kewajipan dan obligasi pemegang lesen dan penghasil sisa pepejal, kawasan geografi skim itu, jenis sisa pepejal terkawal yang dihasilkan di dalam kawasan skim itu, dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang akan disediakan;
“stesen pemindahan” ertinya suatu kemudahan di mana sisa pepejal terkawal dipunggah dari kenderaan pungutan sisa, dan dimuatkan semula ke dalam kenderaan angkut jauh berkapasiti besar, baj atau pengangkutan rel bagi penghantaran laluan darat atau air ke kemudahan pengolahan dan pelupusan;
“tambak tanah kebersihan” ertinya suatu tapak pelupusan di mana sisa pepejal terkawal dilonggokkan di dalam atau di atas mana-mana tanah atau air dan di mana prinsip reka bentuk kejuruteraan digunakan untuk mengepung sisa pepejal terkawal di dalam kemudahan itu bagi memastikan pengolahan dan pengendalian sepatutnya bagi mengelakkan apa-apa kacau ganggu atau bahaya kepada kesihatan awam, keselamatan dan alam sekitar;
P.U. (A) 302 7
“tambak tanah lengai” ertinya suatu tapak pelupusan yang menerima sisa pepejal terkawal yang tidak bertindak balas secara fizikal atau kimia atau biodegrad dan tidak mengurai di dalam tambak tanah itu;
“tapak pelupusan” ertinya mana-mana tapak, selain tambak tanah kebersihan dan tambak tanah lengai, di mana sisa pepejal terkawal ditempatkan secara kekal.