Seksyen 5
P.U. (A)In forceProvision 4 of 5
Seksyen 5
(1)
Ketua Pengarah boleh, selepas menimbangkan permohonan bagi kelulusan di bawah subperaturan 4(1) dan dengan mengambil kira dengan sewajarnya syor Perbadanan di bawah seksyen 9 Akta, memberikan kelulusan atau enggan memberikan kelulusan.
(2)
Dalam memberikan kelulusan kepada pemohon, Ketua Pengarah boleh mengenakan terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 8 atau apa-apa terma dan syarat lain yang difikirkannya patut.
P.U. (A) 302 9
(3)
Keputusan Ketua Pengarah untuk memberikan kelulusan atau enggan memberikan kelulusan hendaklah disampaikan kepada pemohon melalui notis bertulis dengan secepat yang dapat dilaksanakan.