Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain─
“baki” ertinya bahan yang tinggal selepas pengolahan sisa pepejal terkawal di mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan;
“kawasan skim” ertinya kawasan geografi bagi skim yang berkenaan;
“kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan” ertinya mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan dan Kelulusan bagi Pembinaan, Pengubahan dan Penutupan
Kemudahan) 2011 [P.U. (A) 302/2011];
“skim” ertinya sistem bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang menyatakan kewajipan dan obligasi pemegang lesen dan penghasil sisa pepejal,
4
kawasan geografi skim itu, jenis sisa pepejal terkawal yang dihasilkan di dalam kawasan skim itu, dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang akan disediakan;