Skip to content

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain─

of Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengurusan atau Pengendalian Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan) 2011

P.U. (A)In forceProvision 2 of 12
Seksyen 2

“baki” ertinya bahan yang tinggal selepas pengolahan sisa pepejal terkawal di mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan;

“kawasan skim” ertinya kawasan geografi bagi skim yang berkenaan;

“kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan” ertinya mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan dan Kelulusan bagi Pembinaan, Pengubahan dan Penutupan

Kemudahan) 2011 [P.U. (A) 302/2011];

“skim” ertinya sistem bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang menyatakan kewajipan dan obligasi pemegang lesen dan penghasil sisa pepejal,

4

kawasan geografi skim itu, jenis sisa pepejal terkawal yang dihasilkan di dalam kawasan skim itu, dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang akan disediakan;