Seksyen 13
Penggunaan bekas sisa individu yang tidak wajar
P.U. (A)In forceProvision 12 of 26
Seksyen 13
(1)
Tiada seorang pun boleh –
(a)
meletakkan apa-apa buangan terjadual di dalam bekas sisa individu atau di dalam mana-mana beg atau bejana yang diikat dengan selamat yang mengandungi sisa baki;
(b)
menggunakan mana-mana bekas sisa individu bagi maksud selain maksud yang diniatkan baginya; dan
(c)
tertakluk kepada perenggan 8(1)(f), mengalihkan pada bila-bila masa bekas sisa individu dari premis bertanah.
(2)
Seseorang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.