Malaysia legislation

Section 16

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011

Seksyen 16

(1)

Pemunya atau penghuni premis bertanah hendaklah―

(a)

jika tempat pemungutan terletak di dalam premis bertanah itu, membungkus dan mengikat sisa taman itu, atau meletakkan sisa taman itu di dalam beg atau bejana, dan meletakkan sisa taman itu di tempat pemungutan sebelum masa pemungutan seperti yang dinyatakan dalam jadual pemungutan; atau

(b)

jika tempat pemungutan terletak di luar premis bertanah itu, membungkus dan mengikat sisa taman itu, atau meletakkan sisa taman itu di dalam beg atau bejana, dan meletakkan sisa taman itu di tempat pemungutan hanya pada hari dan masa pemungutan seperti yang dinyatakan dalam jadual pemungutan.

(2)

Seseorang pemunya atau penghuni premis bertanah yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Pelupusan di premis