Malaysia legislation

Section 2

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011

Seksyen 2

Dalam Peraturan-Peraturan ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain –

“badan pengurusan harta bersama”, berhubungan dengan harta bersama mana-mana bangunan yang didirikan di atas tanah yang terkandung dalam pelan pecah bahagian strata yang diluluskan oleh pihak berkuasa berwibawa, termasuklah–

P.U. (A) 307 6

(a)

perbadanan pengurusan atau mana-mana orang yang mempunyai kawalan ke atas bangunan itu;

(b)

mana-mana ejen atau pekhidmat yang dilantik oleh perbadanan pengurusan atau mana-mana orang yang mempunyai kawalan ke atas bangunan itu;

(c)

mana-mana orang, badan atau pentadbir yang dilantik menurut Akta

Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] untuk menjalankan kuasa, atau menjalankan kuasa bagi, perbadanan pengurusan itu; atau

(d)

mana-mana orang atau badan yang dilantik menurut Akta Bangunan dan

Harta Bersama (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663];

“baki” ertinya bahan yang tinggal selepas pengolahan sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah di mana-mana kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan;

“bekas” ertinya suatu bekas sisa individu atau bekas sisa komunal yang disediakan bagi sisa baki;

“buangan terjadual” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 2

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 [Akta 127];

“jadual pemungutan” ertinya suatu jadual bagi perkhidmatan pemungutan yang mengandungi butir-butir termasuklah hari dan masa pemungutan sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah bagi mana-mana kawasan perkhidmatan;

“kawasan perkhidmatan” ertinya suatu kawasan di dalam kawasan skim di mana perkhidmatan pemungutan disediakan;

P.U. (A) 307 7

“kawasan skim” ertinya kawasan geografi bagi suatu skim yang di dalamnya kawasan perkhidmatan terletak, dan yang disenaraikan dalam Bahagian A Jadual

Pertama dan ditunjukkan dalam peta dalam Bahagian B jadual itu;

“kemudahan pengolahan dan pelupusan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam (Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan dan Kelulusan bagi

Pembinaan, Pengubahan dan Penutupan Kemudahan) 2011 [P.U. (A) 302/2011];

“kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam (Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan dan

Kelulusan bagi Pembinaan, Pengubahan dan Penutupan Kemudahan) 2011;

“pemegang lesen bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan” ertinya mana-mana orang yang memegang suatu lesen di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan

Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengurusan atau Pengendalian

Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan) 2011 [P.U. (A) 304/2011] untuk menguruskan atau mengendalikan kemudahan pengolahan dan pelupusan;

“pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan” ertinya mana-mana orang yang memegang suatu lesen di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengusahaan atau Penyediaan Perkhidmatan

Pemungutan bagi Sisa Pepejal Isi Rumah, Sisa Pepejal Awam, Sisa Pepejal Keinstitusian

Awam dan Sisa Pepejal yang Serupa dengan Sisa Pepejal Isi Rumah) 2011

[P.U. (A) 303/2011]

untuk mengusahakan atau menyediakan perkhidmatan pemungutan sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah bagi suatu kawasan skim atau kawasan perkhidmatan, dan termasuklah pemegang lesen yang bertanggungjawab;

“pemegang lesen bagi perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh”

ertinya mana-mana orang yang memegang suatu lesen di bawah Peraturan-Peraturan

Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengusahaan atau

P.U. (A) 307 8

Penyediaan

Perkhidmatan

Pengangkutan oleh

Pengangkutan

Jauh)

2011

[P.U. (A) 305/2011];

“pemegang lesen bagi stesen pemindahan” ertinya mana-mana orang yang memegang suatu lesen di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengurusan atau Pengendalian Kemudahan

Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan) 2011 untuk menguruskan atau mengendalikan suatu stesen pemindahan;

“pemegang lesen yang bertanggungjawab” ertinya pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan yang telah diberikan kontrak atau konsesi oleh Kerajaan untuk mengusahakan atau menyediakan perkhidmatan pemungutan bagi sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah bagi suatu kawasan skim atau kawasan perkhidmatan;

“pemungutan tepi bebendul jalan” ertinya pemungutan pintu ke pintu dari premis bertanah atau bangunan di atas tanah yang dipecah bahagi kepada petak-petak tanah mengikut jadual pemungutan;

“perkhidmatan pemungutan” ertinya perkhidmatan yang mana sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah dipungut dari tempat pemungutan dan dihantar ke kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan, dan termasuk pemungutan tepi bebendul jalan;

“premis bertanah” termasuklah rumah teres, rumah berkembar, rumah berkelompok, rumah banglo, rumah kedai dan rumah kampung, tetapi tidak termasuk bangunan yang dipecah bahagi kepada petak dan bangunan di atas tanah yang dipecah bahagi kepada petak-petak tanah;

“sisa baki” ertinya sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang tidak diguna semula, dikitar semula atau dikompos dan boleh diletakkan di dalam bekas;

P.U. (A) 307 9

“sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah” ertinya–

(a)

apa-apa bahagian daripada sisa pepejal komersial yang dihasilkan di dalam mana-mana kawasan perkhidmatan; atau

(b)

apa-apa bahagian daripada sisa pepejal keinstitusian yang dihasilkan di dalam mana-mana kawasan perkhidmatan, dan yang serupa dengan sifat dan amaun sisa pepejal isi rumah;

“sisa pukal” ertinya sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang terlebih besar yang tidak boleh diletakkan di dalam suatu bekas, dan termasuk perkakasan, perabot, batang pokok, dahan dan tunggul;

“sisa taman” ertinya pokok, daun, tumbuhan menjalar, rumput atau akar yang melekat dengan tanah dan apa-apa sisa yang serupa lain dari taman atau kawasan mana-mana premis;

“sisa yang boleh dikitar semula” ertinya apa-apa sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang diasingkan untuk dikitar semula, dan termasuk kertas, kadbod, kaca, plastik, logam dan sisa makanan;

“skim” ertinya sistem bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang menyatakan kewajipan dan obligasi pemegang lesen dan penghasil sisa pepejal, kawasan geografi bagi skim itu, jenis sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah yang dihasilkan di dalam kawasan skim itu, dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang akan disediakan;

“stesen pemindahan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Kemudahan

Pengurusan Sisa Pepejal Yang Ditetapkan dan Kelulusan bagi Pembinaan, Pengubahan dan Penutupan Kemudahan) 2011;

P.U. (A) 307 10

“tapak pelupusan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Kemudahan Pengurusan

Sisa Pepejal Yang Ditetapkan dan Kelulusan bagi Pembinaan, Pengubahan dan

Penutupan Kemudahan) 2011;

“tempat pemungutan ” ertinya –

(a)

suatu kedudukan di mana-mana premis, sama ada tertelak di dalam atau di luar premis itu; atau

(b)

suatu kedudukan komunal bagi beberapa premis, yang ditentukan oleh Perbadanan bagi sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah untuk disimpan sebelum pemungutan, sama ada di dalam bekas atau tidak, dan kedudukan sedemikian mempunyai akses yang langsung dan tidak terhalang bagi pemungutan oleh kenderaan pungutan sisa dan terletak di tempat yang tidak menyebabkan halangan atau kacau ganggu kepada mana-mana orang.

Section 2 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011