Malaysia legislation

Section 6

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL ISI RUMAH DAN SISA PEPEJAL YANG SERUPA DENGAN SISA PEPEJAL ISI RUMAH) 2011

Seksyen 6

(1)

Perbadanan hendaklah menentukan jadual pemungutan bagi sisa pepejal isi rumah dan sisa pepejal yang serupa dengan sisa pepejal isi rumah bagi sesuatu kawasan perkhidmatan.

(2)

Pemegang lesen yang bertanggungjawab hendaklah mematuhi jadual pemungutan yang ditentukan oleh Perbadanan di bawah subperaturan (1).

(3)

Seseorang pemegang lesen yang bertanggungjawab yang melanggar subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.

Tempat pemungutan