Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(1)
Bagi maksud disambungkan ke perkhidmatan pemungutan, orang yang berikut hendaklah memohon untuk mendaftarkan premis yang terletak di dalam kawasan perkhidmatan kepada Perbadanan:
(a)
pemunya atau penghuni premis bertanah;
(b)
jika bangunan di atas tanah yang dipecah bahagi kepada petak-petak tanah diberi perkhidmatan pemungutan tepi bebendul jalan, dengan atau tanpa bekas sisa individu, pemunya atau penghuni bangunan sedemikian; atau
(c)
badan pengurusan harta bersama.
(2)
Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dibuat–
(a)
jika premis tidak dihuni, tidak kurang daripada empat belas hari sebelum dihuni; atau
(b)
jika premis dihuni sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini tetapi belum lagi diberikan perkhidmatan pemungutan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, dalam masa empat belas hari dari tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini.
(3)
Apabila permohonan di bawah subperaturan (1) diterima, Perbadanan hendaklah mendaftarkan premis itu.
(4)
Jika mana-mana premis yang terletak di dalam kawasan perkhidmatan atau kawasan skim telah dihuni dan telah diberikan perkhidmatan pemungutan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam sebelum permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan
P.U. (A) 307 12
ini, Perbadanan hendaklah disifatkan telah mendaftarkan premis itu di bawah subperaturan (3).
(5)
Tertakluk kepada subperaturan 10(2), apabila premis didaftarkan–
(a)
di bawah subperaturan (3), pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan hendaklah memberikan perkhidmatan pemungutan kepada premis itu dalam masa empat belas hari dari tarikh pendaftaran; atau
(b)
di bawah subperaturan (4), pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan hendaklah memberikan perkhidmatan pemungutan kepada premis itu dalam masa empat belas hari dari tarikh permulaan kuat kuasa Peraturan-Peraturan ini.
Pemberhentian penghunian premis