Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(1)
Jika premis berhenti dihuni secara kekal, atau secara sementara bagi suatu tempoh yang melebihi tiga bulan, dan merupakan premis yang baginya perkhidmatan pemungutan diberikan―
(a)
pemunya atau penghuni premis bertanah;
(b)
pemunya atau penghuni sesuatu bangunan di atas tanah yang dipecah bahagi kepada petak-petak tanah yang diberi perkhidmatan pemungutan tepi bebendul jalan, dengan atau tanpa bekas sisa individu; atau
(c)
badan pengurusan harta bersama, hendaklah memberitahu Perbadanan tentang pemberhentian penghunian premis itu tidak kurang daripada tujuh hari sebelum premis itu berhenti dihuni.
P.U. (A) 307 13
(2)
Apabila pemberitahuan di bawah subperaturan (1) diterima, Perbadanan boleh membatalkan pendaftaran premis itu dan menarik balik pemberian perkhidmatan pemungutan oleh pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan.
(3)
Dalam hal premis yang baginya perkhidmatan pemungutan ditarik balik di bawah subperaturan (2) dihuni semula, perenggan 4(2)(a) hendaklah terpakai.
Jadual pemungutan