Malaysia legislation

Section 3

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL KOMERSIAL, PERINDUSTRIAN DAN KEINSTITUSIAN) 2018

Seksyen 3

Tafsiran

P.U. (A) 181 5

“aktiviti sementara” ertinya apa-apa aktiviti komersial, perindustrian atau keinstitusian yang dijalankan secara sementara—

(a)

di dalam kawasan terbuka atau tertutup;

(b)

di dalam apa-apa kenderaan; atau

(c)

di bawah mana-mana bangsal atau struktur yang serupa atau di dalam mana-mana premis sementara yang lain;

“bekas” ertinya suatu bekas sisa pepejal individu atau bekas sisa komunal yang disediakan bagi sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian;

“kawasan skim” ertinya kawasan geografi bagi skim untuk menjalankan perkhidmatan pengurusan bagi sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Pertama;

“kemudahan pengolahan dan pelupusan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan

Awam (Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan dan Kelulusan bagi

Pembinaan, Pengubahan dan Penutupan Kemudahan) 2011 [P.U. (A) 302/2011];

“kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan

Pembersihan Awam (Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan dan

Kelulusan bagi Pembinaan, Pengubahan dan Penutupan Kemudahan) 2011;

“orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian”

ertinya orang yang mempunyai dalam milikannya apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian, dan termasuklah mana-mana pemunya atau penghuni mana-mana premis di mana sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian dihasilkan;

P.U. (A) 181 6

“pemegang lesen bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan” ertinya mana-mana orang yang memegang suatu lesen untuk menguruskan atau mengendalikan kemudahan pengolahan dan pelupusan di bawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa

Pepejal dan Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengurusan atau Pengendalian

Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan) 2011 [P.U. (A) 304/2011];

“pemegang lesen bagi kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan”

ertinya mana-mana orang yang memegang suatu lesen untuk menguruskan atau mengendalikan kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan di bawah

Peraturan-Peraturan

Pengurusan

Sisa

Pepejal dan

Pembersihan

Awam

(Pelesenan) (Pengurusan atau Pengendalian Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang

Ditetapkan) 2011;

“pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan” ertinya mana-mana orang yang memegang suatu lesen untuk mengusahakan atau menyediakan perkhidmatan pemungutan di bawah

Peraturan-Peraturan

Pengurusan

Sisa

Pepejal dan

Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengusahaan atau Penyediaan Perkhidmatan

Pemungutan bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian) 2018

[P.U. (A) 180/2018];

“pemegang lesen bagi perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh”

ertinya mana-mana orang yang memegang suatu lesen untuk mengusahakan atau menyediakan perkhidmatan pengangkutan oleh pengangkutan jauh di bawah

Peraturan-Peraturan

Pengurusan

Sisa

Pepejal dan

Pembersihan

Awam

(Pelesenan) (Pengusahaan atau Penyediaan Perkhidmatan Pengangkutan oleh

Pengangkutan Jauh) 2011 [P.U. (A) 305/2011];

“pemegang lesen bagi stesen pemindahan” ertinya mana-mana orang yang memegang suatu lesen untuk menguruskan atau mengendalikan suatu stesen pemindahan di bawah

Peraturan-Peraturan

Pengurusan

Sisa

Pepejal dan

Pembersihan Awam (Pelesenan) (Pengurusan atau Pengendalian Kemudahan

Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan) 2011;

P.U. (A) 181 7

“penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian” ertinya mana-mana orang yang menghasilkan apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian, dan termasuklah mana-mana orang yang menghasilkan apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian semasa apa-apa aktiviti sementara;

“perkhidmatan pemungutan” ertinya perkhidmatan yang sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian dipungut secara tetap atau berkala mengikut kawasan skim masing-masing dan mengikut jenis sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian dari sesuatu tempat pemungutan dan dihantar ke kemudahan pengurusan sisa pepejal yang ditetapkan;

“sisa pepejal baki” ertinya apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang tidak diguna semula, dikitar semula atau dikompos dan boleh diletakkan di dalam bekas;

“sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang boleh dikitar semula” ertinya apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang diasingkan untuk dikitar semula sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kedua;

“sisa pepejal pukal” ertinya apa-apa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang bersaiz besar yang tidak boleh diletakkan di dalam bekas, dan termasuklah perkakasan, perabot, batang pokok, dahan dan tunggul;

“sisa pepejal taman” ertinya pokok, daun, tumbuhan menjalar, rumput atau akar yang melekat dengan tanih dari taman atau halaman mana-mana premis komersial, perindustrian atau keinstitusian atau apa-apa sisa pepejal lain yang serupa dari taman atau halaman mana-mana premis komersial, perindustrian atau keinstitusian;

“skim” ertinya sistem bagi perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang menyatakan kewajipan dan obligasi pemegang lesen, penghasil sisa pepejal dan orang yang memiliki sisa pepejal, kawasan geografi skim itu, jenis sisa pepejal yang dihasilkan dalam kawasan skim, dan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal yang akan disediakan;

P.U. (A) 181 8

“stesen pemindahan” mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam

Peraturan-Peraturan

Pengurusan

Sisa

Pepejal dan

Pembersihan

Awam

(Kemudahan Pengurusan Sisa Pepejal yang Ditetapkan dan Kelulusan bagi Pembinaan,

Pengubahan dan Penutupan Kemudahan) 2011;

“tapak penstoran” ertinya suatu tapak di mana-mana premis komersial, perindustrian atau keinstitusian atau tapak komunal bagi beberapa premis komersial, perindustrian atau keinstitusian yang terletak di dalam atau di luar premis itu di mana sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian, sama ada di dalam bekas atau tidak, distorkan sebelum dipungut;

“tempat pemungutan” ertinya—

(a)

suatu kedudukan di mana-mana premis komersial, perindustrian atau keinstitusian; atau

(b)

suatu kedudukan komunal bagi beberapa premis komersial, perindustrian atau keinstitusian, yang terletak di dalam atau di luar premis itu bagi sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian diletakkan sebelum dipungut, sama ada di dalam bekas atau tidak, dan termasuklah tapak penstoran.

Jenis sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian