Seksyen 5
Kehendak yang berhubungan dengan aktiviti sementara
P.U. (A)In forceProvision 5 of 13
Seksyen 5
(1)
Bagi maksud memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian yang wajar, mana-mana orang yang berhasrat untuk menjalankan apa-apa aktiviti sementara hendaklah memberitahu
Perbadanan mengenai hasrat itu tidak lewat dari empat belas hari sebelum memulakan aktiviti itu.
(2)
Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.