Skip to content

Seksyen 5

Kehendak yang berhubungan dengan aktiviti sementara

of Peraturan-Peraturan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Skim bagi Sisa Pepejal Komersial, Perindustrian dan Keinstitusian) 2018

P.U. (A)In forceProvision 5 of 13
Seksyen 5

(1)

Bagi maksud memastikan perkhidmatan pengurusan sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian yang wajar, mana-mana orang yang berhasrat untuk menjalankan apa-apa aktiviti sementara hendaklah memberitahu

Perbadanan mengenai hasrat itu tidak lewat dari empat belas hari sebelum memulakan aktiviti itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.