Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(1)
Seseorang penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau seseorang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian hendaklah melantik seorang pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan untuk mengusahakan atau menyediakan perkhidmatan pemungutan mengikut kawasan skim dan jenis sisa pepejal komersial, perindustrian dan keinstitusian sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 4.
(2)
Penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian itu hendaklah menyimpan rekod yang berhubungan dengan pelantikan pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan di bawah subperaturan (1).
P.U. (A) 181 10
(3)
Mana-mana penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau mana-mana orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang melanggar subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Kewajipan yang berhubungan dengan pengendalian sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian 7.
(1)
Bagi maksud perkhidmatan pemungutan, seseorang penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau seseorang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian—
(a)
hendaklah mengasingkan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian mengikut jenisnya sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 4;
(b)
hendaklah memastikan bahawa sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian dipungut oleh pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan yang dilantik di bawah subperaturan 6(1);
(c)
berhubung dengan tempat pemungutan—
(i)
hendaklah memastikan bahawa tempat pemungutan mempunyai akses langsung dan tidak terhalang dan terletak di tempat yang sesuai yang tidak menyebabkan apa-apa halangan atau kacau ganggu kepada mana-mana orang; dan
P.U. (A) 181 11
(ii)
tidak boleh meletakkan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian di tempat pemungutan dengan cara yang menyebabkan atau boleh menyebabkan apa-apa halangan atau kacau ganggu kepada mana-mana orang;
(d)
berhubung dengan tapak penstoran—
(i)
hendaklah menjadikan tersedia suatu tapak penstoran bagi penstoran sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian;
(ii)
hendaklah memastikan bahawa tapak penstoran disenggarakan dalam keadaan yang baik bagi penstoran sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian;
(iii)
hendaklah memastikan bahawa tapak penstoran terletak di kawasan yang sesuai yang tidak menyebabkan apa-apa halangan atau kacau ganggu kepada mana-mana orang, termasuk banjir, pembiakan serangga atau vektor roden atau penyebaran apa-apa penyakit;
(iv)
hendaklah memastikan bahawa tapak penstoran terletak di kawasan yang sesuai yang tidak mendedahkan tapak penstoran itu kepada pencemaran tanih, air bawah tanah atau air;
(v)
hendaklah memastikan bahawa amaun sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang distorkan di tapak penstoran tidak melebihi kapasiti tapak penstoran itu; dan
P.U. (A) 181 12
(vi)
hendaklah memastikan bahawa tapak penstoran tidak terletak di tempat awam; dan
(e)
berhubung dengan bekas—
(i)
hendaklah menjadikan tersedia suatu bekas untuk meletakkan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian;
(ii)
hendaklah memastikan bahawa bekas disenggara dalam keadaan yang baik untuk meletakkan sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian;
(iii)
hendaklah memastikan bahawa bekas diletakkan di kawasan yang sesuai yang tidak menyebabkan apa-apa halangan atau kacau ganggu kepada mana-mana orang, termasuk pembiakan serangga atau vektor roden, atau penyebaran apa-apa penyakit;
(iv)
hendaklah memastikan bahawa bekas diletakkan di kawasan yang sesuai yang tidak mendedahkan kawasan itu kepada pencemaran tanih, air bawah tanah atau air;
(v)
hendaklah memastikan bahawa amaun sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang diletakkan di dalam bekas tidak melebihi kapasiti bekas itu; dan
(vi)
hendaklah memastikan bahawa bekas tidak diletakkan di tempat awam.
P.U. (A) 181 13
(2)
Mana-mana penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau mana-mana orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang melanggar subperaturan (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
Kewajipan untuk mematuhi notis