Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL KOMERSIAL, PERINDUSTRIAN DAN KEINSTITUSIAN) 2018

Seksyen 8

(1)

Sekiranya seseorang pegawai diberi kuasa berpendapat bahawa penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian tidak mematuhi subperaturan 7(1), pegawai diberi kuasa itu hendaklah menyampaikan kepada penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian itu suatu notis bertulis yang mengandungi butiran seperti yang berikut:

(a)

perincian mengenai ketidakpatuhan terhadap subperaturan 7(1);

(b)

langkah-langkah yang akan diambil oleh penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian itu berkenaan dengan ketidakpatuhan itu; dan

(c)

tempoh bagi penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian itu untuk mengambil langkah-langkah yang disebut dalam perenggan (b).

(2)

Penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang kepadanya notis bertulis itu telah disampaikan di bawah subperaturan (1) hendaklah mematuhi notis itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu.

P.U. (A) 181 14

(3)

Mana-mana penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau mana-mana orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang melanggar subperaturan (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

Kewajipan untuk menyimpan rekod yang berhubungan dengan perkhidmatan pemungutan

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SKIM BAGI SISA PEPEJAL KOMERSIAL, PERINDUSTRIAN DAN KEINSTITUSIAN) 2018