Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(1)
Seseorang penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau seseorang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian hendaklah menyimpan rekod bagi setiap perkhidmatan pemungutan yang diusahakan atau disediakan oleh pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan.
(2)
Rekod yang disebut dalam subperaturan (1) hendaklah dikeluarkan oleh pemegang lesen bagi perkhidmatan pemungutan kepada penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian di bawah subperaturan 13(1).
(3)
Penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian hendaklah menyimpan rekod yang disebut dalam subperaturan (1) bagi tempoh tujuh tahun dari tarikh rekod itu dikeluarkan dan hendaklah menjadikan tersedia rekod itu bagi pemeriksaan oleh pegawai diberi kuasa.
(4)
Mana-mana penghasil sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian atau mana-mana orang yang memiliki sisa pepejal komersial, perindustrian atau keinstitusian yang melanggar subperaturan (1) atau (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.
P.U. (A) 181 15