Malaysia legislation
Section 39
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 39
(1)
Orang atau badan yang menjalankan lelongan hendaklah semasa lelongan mendapatkan harga tertinggi bagi harta alih untuk dijual, dan tidak boleh melupuskan mana-mana harta alih melalui triti persendirian kecuali setelah mendapatkan persetujuan pemiliknya terlebih dahulu.
(2)
Jika harga rizab mana-mana harta alih dicapai atau telah dilepasi, maka pembida tertinggi berhak untuk diisytiharkan pembeli. Apabila apa-apa harta alih dijual di lelongan itu orang atau badan yang menjalankan lelongan hendaklah dengan serta-merta dengan jelas mengisytiharkan nama pembeli sebenar. Jika terdapat apa-apa pertikaian yang timbul tentang siapakah yang berhak untuk diisytiharkan sebagai pembeli harta alih tersebut, ia hendaklah dilelongkan semula dengan serta-merta.
(3)
Semasa pembayaran wang pembelian sewaktu lelongan, orang atau badan yang menjalankan lelongan hendaklah memberikan suatu resit kepada pembida yang berjaya dan pembida yang berjaya itu hendaklah disifatkan sebagai pemilik mutlak harta alih yang dibeli.
(4)
Jika harta alih diletakkan untuk dijual melalui lelongan dalam lot-lot, setiap lot hendaklah disifatkan menjadi subjek kepada kontrak jualan yang berasingan.
P.U. (A) 107 28
(5)
Sekiranya dalam lelongan itu tiada sebarang bidaan atau bidaan yang diterima tidak berada pada harga rizab atau kurang daripada harga rizab, harta alih hendaklah ditarik balik daripada jualan dan Pesuruhjaya boleh—
(a)
mengarahkan supaya diletakkan untuk dijual melalui lelongan pada tarikh seterusnya, dengan harga rizab yang sama atau baharu, dan peruntukan di bawah peraturan 35, 36, 37, 38, subperaturan 39(1), 39(2), 39(3), 39(4) dan peraturan 40
hendaklah terpakai secara mutatis mutandis kepada lelongan seterusnya; atau
(b)
mengarahkan diserahkan semula kepada orang yang, pada masa penahanan itu, memiliki atau didapati memiliki harta alih berkenaan dengan.
(6)
Sekiranya pada lelongan seterusnya, tidak ada bidaan diterima atau tidak ada bidaan pada atau melebihi harga rizab, Pesuruhjaya hendaklah menarik balik harta alih itu daripada lelongan dan mengarahkan supaya ia diserah kepada orang yang, pada masa penahanan itu, memiliki atau didapati memiliki harta alih berkenaan dengan.
(7)
Pesuruhjaya tidak perlu menghadiri mana-mana lelongan.
Rekod dan penyata jualan