Seksyen 42
Penahanan terhenti jika wang yang kena dibayar dijelaskan
of Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015
P.U. (A)In forceProvision 38 of 66
Seksyen 42
Jika pemunya petak atau pemilik, atau mana-mana penyewa, penyewa kecil atau penghuni, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, atau mana-mana orang bagi pihaknya, membayar jumlah wang yang kena dibayar oleh pemunya petak atau pemilik bersama-sama dengan kos penahanan dan jualan setakat terkini, penahanan harta itu akan terhenti serta-merta dan apa-apa lelongan yang ditetapkan hendaklah dibatalkan.