Malaysia legislation

Section 40

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015

Seksyen 40

(1)

Orang atau badan yang menjalankan lelongan hendaklah menyimpan rekod semua jumlah wang yang diterima olehnya sewaktu lelongan.

(2)

Orang atau badan yang menjalankan lelongan hendaklah, dalam masa tujuh hari selepas lelongan, menyampaikan kepada pemunya petak atau pemilik yang ingkar, dengan pos berdaftar, suatu rekod dan penyata jualan dalam Borang 22 yang menyatakan—

(a)

hasil jualan;

P.U. (A) 107 29

(b)

penggunaan hasil jualan untuk menjelaskan jumlah wang yang kena dibayar bersama-sama dengan kos penahanan dan penjualan, kecuali di mana subseksyen 35(10) atau 79(10) Akta terpakai;

(c)

sama ada terdapat lebihan atau kekurangan hasil jualan;

(d)

senarai harta alih yang ditahan tidak dijual, jika ada;

(e)

suatu notis bahawa jika terdapat lebihan, pemunya petak atau pemilik yang ingkar itu dikehendaki untuk mengambilnya dari pejabat dinyatakan di dalam notis dalam masa tiga puluh hari selepas lelongan, dan jika tuntutan tidak dibuat, lebihan itu hendaklah dibayar kepada pemaju atau badan pengurusan bersama atau perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, sebagai pembayaran terlebih dahulu kepada Caj dan sumbangan kepada kumpulan wang penjelas;

(f)

notis bahawa sekiranya terdapat harta alih yang ditahan tidak dijual, harta alih itu telah ditinggalkan di premis atau tempat di mana harta alih itu ditahankan atau di tempat lain di Negeri itu, atau sekiranya harta alih itu disimpan di tempat lain, ia hendaklah dipungut oleh pemunya petak atau pemilik yang ingkar itu dari tempat lain dinyatakan dalam masa tujuh hari selepas lelongan, dan jika tidak dipungut, pemunya petak atau pemilik yang ingkar itu hendaklah membayar caj stor yang dinyatakan dalam notis, dan harta alih itu akan diuruskan mengikut apa-apa cara yang dianggap suai manfaat oleh orang atau badan yang menjalankan lelongan; dan

(g)

suatu notis bahawa jika terdapat kekurangan, ia hendaklah dibayar dengan serta-merta oleh pemunya petak atau pemilik yang ingkar.

P.U. (A) 107 30

(3)

Bagi maksud memulangkan atau meninggalkan harta alih yang tidak dijual di bawah perenggan (2)(f), orang atau badan yang menjalankan lelongan hendaklah—

(a)

mendapat akses sepertimana diberikan untuk melaksanakan waran penahanan harta alih di bawah

Akta atau

Peraturan-Peraturan ini; dan

(b)

tidak bertanggungan ke atas apa-apa kerugian, kerosakan atau kehilangan barang yang dialami oleh mana-mana pihak berkenaan dengan.

Kos penahanan dan jualan

Section 40 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015