Malaysia legislation
Section 43
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (PENYENGGARAAN DAN PENGURUSAN) 2015
Seksyen 43
(1)
Pada masa pelantikan ejen pengurusan di bawah subseksyen 86(1) atau 91(3) Akta, Pesuruhjaya hendaklah menyatakan—
(a)
tempoh pelantikan;
(b)
saraan atau fi ejen pengurusan yang dipersetujui antara ejen pengurusan dengan pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, dengan persetujuan
Pesuruhjaya, atau jumlah saraan atau fi ejen pengurusan yang ditetapkan oleh Pesuruhjaya di bawah subperaturan (2); dan
(c)
jumlah bon yang hendaklah diserah simpan oleh ejen pengurusan dengan Pesuruhjaya.
(2)
Sekiranya saraan atau fi ejen pengurusan tidak dapat dipersetujui antara ejen pengurusan dengan pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan
P.U. (A) 107 32
atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan,
Pesuruhjaya hendaklah menetapkan saraan atau fi ejen pengurusan itu yang hendaklah dipertanggungkan pada akaun penyenggaraan.
(3)
Dalam tempoh empat belas hari dari tarikh pelantikannya, ejen pengurusan yang dilantik oleh Pesuruhjaya hendaklah membuat suatu perjanjian pengurusan dengan pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana yang berkenaan dengan, dalam
Borang 23, dan pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari hendaklah, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, menandatangani perjanjian pengurusan itu dalam tempoh empat belas hari yang dinyatakan itu.
(4)
Sekiranya pemaju, badan pengurusan bersama, perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, tidak menandatangani perjanjian pengurusan dalam Borang 23, Pesuruhjaya boleh melantik mana-mana pembeli, pemunya petak atau pemilik, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan, untuk menandatangani perjanjian pengurusan bagi pihak pemaju, badan pengurusan bersama atau perbadanan pengurusan atau perbadanan pengurusan subsidiari, mengikut mana-mana yang berkenaan dengan.
(5)
Mana-mana orang atau badan yang tidak mematuhi subperaturan (3)
atau (4) melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Bon