Seksyen 44
Bon
of Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan dan Pengurusan) 2015
(1)
Mana-mana orang yang dilantik oleh Pesuruhjaya sebagai ejen pengurusan hendaklah menyerah simpan dengan Pesuruhjaya suatu bon dalam
Borang 24 yang diberikan oleh mana-mana bank, syarikat kewangan atau penanggung insurans sebelum bertindak sebagai ejen pengurusan.
P.U. (A) 107 33
(2)
Jumlah bon itu hendaklah ditentukan oleh Pesuruhjaya pada masa pelantikan ejen pengurusan.
(3)
Mana-mana ejen pengurusan yang tidak mematuhi subperaturan (1)
melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.