Malaysia legislation
Section 10
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015
Seksyen 10
(1)
Tiap-tiap pembelaan dan tuntutan balas yang difailkan di Tribunal hendaklah dalam Borang 2.
(2)
Borang 2 hendaklah mengandungi—
(a)
pengakuan kepada tuntutan itu jika penentang mengakui tuntutan itu;
(b)
butir-butir tentang mengapa penentang mempertikaikan tuntutan itu jika penentang mempertikaikan tuntutan itu; atau
(c)
butir-butir tuntutan balas jika penentang mempunyai suatu tuntutan balas.
(3)
Borang 2 hendaklah—
(a)
ditandatangani atau diturunkan cap jari, dalam hal pihak yang menuntut adalah seorang individu; atau
(b)
ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa bersama dengan nama penuh penandatangan dan dicapkan dengan cop rasmi atau meterai perbadanan syarikat, dalam hal pihak yang menuntut
P.U. (A) 103 10
adalah suatu perbadanan atau kumpulan orang yang tidak diperbadankan.
Pemfailan pernyataan pembelaan