Skip to content

Seksyen 8

Pernyataan tuntutan hendaklah dimeterai, dsb., dan dicatatkan dalam Daftar

of Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015

P.U. (A)In forceProvision 8 of 55
Seksyen 8

(1)

Apabila Borang 1 diterima, Setiausaha hendaklah menyebabkan salinan yang difailkan—

(a)

dimeterai dengan meterai Tribunal; dan

(b)

diletakkan tarikh dan ditandatangani, dan borang itu hendaklah disifatkan sebagai telah dikeluarkan.

(2)

Setiausaha hendaklah menyebabkan tiap-tiap tuntutan yang difailkan dicatatkan dalam Daftar yang disimpan di Tribunal.

(3)

Tiap-tiap tuntutan yang disebut dalam subperaturan (2) hendaklah dibezakan melalui nombor dan tahun tuntutan itu difailkan.

(4)

Setelah suatu tuntutan dicatatkan dalam Daftar, Setiausaha hendaklah menyimpan dua salinan Borang 1 yang telah ditandatangani dan dimeterai dan salinan lain Borang 1 yang telah ditandatangani dan dimeterai dikembalikan kepada pihak yang menuntut.

P.U. (A) 103 9