Seksyen 11
Pemfailan pernyataan pembelaan
of Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015
P.U. (A)In forceProvision 11 of 55
Seksyen 11
(1)
Penentang yang kepadanya telah diserahkan satu salinan Borang 1 yang telah ditandatangani dan dimeterai, hendaklah memfailkan pembelaannya di Tribunal dalam Borang 2 dalam masa empat belas hari dari tarikh penerimaan salinan itu daripada pihak yang menuntut.
(2)
Borang 2 hendaklah difailkan di Tribunal dalam empat salinan bersama dengan fi yang ditetapkan dan jika terdapat lebih daripada seorang pihak yang menuntut, dengan salinan tambahan bagi tiap-tiap tambahan pihak yang menuntut.