Malaysia legislation

Section 18

of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015

Seksyen 18

(1)

Apabila suatu tuntutan telah difailkan di Tribunal, Setiausaha hendaklah mengelaskan tuntutan tersebut sama ada untuk rundingan atau pendengaran.

(2)

Jika tuntutan itu ditetapkan untuk pendengaran, Setiausaha hendaklah menyampaikan kepada kedua-dua pihak yang menuntut dan penentang suatu notis pendengaran dalam Borang 4 dengan menyatakan tarikh, tempat dan masa pendengaran.

(3)

Jika tuntutan itu ditetapkan untuk rundingan, Setiausaha hendaklah menyampaikan kepada kedua-dua pihak yang menuntut dan penentang suatu notis rundingan dalam Borang 5 dengan menyatakan tarikh, tempat dan masa rundingan.

Proses rundingan

Section 18 — PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015