Seksyen 21
Notis pendengaran apabila tiada penyelesaian
of Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015
P.U. (A)In forceProvision 21 of 55
Seksyen 21
(1)
Sekiranya pihak-pihak tidak dapat mencapai suatu penyelesaian yang dipersetujui sebagaimana yang dinyatakan dalam peraturan 20, Setiausaha hendaklah menyampaikan suatu notis pendengaran kepada pihak-pihak dalam Borang 4.
(2)
Setiausaha hendaklah menetapkan tarikh, tempat dan masa bagi apa-apa pendengaran kali kemudian dan ia boleh disampaikan oleh Tribunal kepada pihak-pihak dalam tempoh masa yang dirasakan munasabah oleh Tribunal.