Malaysia legislation
Section 39
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015
Seksyen 39
(1)
Tribunal boleh pada apa-apa peringkat prosiding, memerintahkan mana-mana pihak untuk menzahirkan dan mengemukakan dokumen atau bahan yang berada dalam milikan, jagaan atau kuasanya bagi penentuan tuntutan yang cepat.
(2)
Walau apapun subperaturan (1), pihak yang menuntut atau penentang boleh pada apa-apa peringkat prosiding melalui notis permohonan dalam Borang 14
menyertakan senarai dokumen, memohon kepada Tribunal untuk mengarahkan mana-mana pihak atau pihak-pihak untuk menzahirkan dan mengemukakan dokumen atau bahan yang berada dalam milikan, jagaan atau kuasanya bagi penentuan tuntutan yang cepat.
(3)
Borang 14 hendaklah mengandungi secara terperinci alasan permohonan yang dibuat di bawah subperaturan (2).
(4)
Suatu perintah yang dibuat di bawah peraturan ini hendaklah dalam
Borang 15 dan tertakluk kepada apa-apa terma yang diarahkan oleh Tribunal.
Kegagalan untuk mematuhi perintah