Seksyen 40
Kegagalan untuk mematuhi perintah
of Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015
P.U. (A)In forceProvision 40 of 55
Seksyen 40
Jika mana-mana pihak yang dikehendaki untuk menzahirkan atau mengemukakan dokumen atau bahan, gagal untuk mematuhi perintah itu, Tribunal boleh membuat suatu perintah yang difikirkan patut dan adil, khususnya, suatu perintah supaya tuntutan itu ditolak atau suatu perintah bahawa pembelaan dibatalkan dan award dibuat sewajarnya.
P.U. (A) 103 24