Skip to content

Seksyen 46

Saraan pakar Tribunal

of Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015

P.U. (A)In forceProvision 46 of 55
Seksyen 46
(1)

Saraan pakar Tribunal hendaklah ditetapkan oleh Tribunal dan hendaklah termasuk suatu fi bagi laporannya dan sejumlah wang yang berpatutan bagi setiap hari yang dia dikehendaki hadir sama ada di Tribunal atau di hadapan seorang pemeriksa.

P.U. (A) 103 27

(2)

Tanpa menjejaskan mana-mana perintah yang memperuntukkan pembayaran saraan pakar Tribunal sebagai sebahagian daripada kos kausa atau perkara itu, pihak-pihak hendaklah bertanggungan bersesama dan berasingan untuk membayar amaun yang ditetapkan oleh Tribunal bagi saraannya, tetapi jika pelantikan seorang pakar Tribunal adalah ditentang, Tribunal boleh, sebagai syarat membuat pelantikan itu, menghendaki pihak yang memohon pelantikan pakar itu memberikan apa-apa jaminan bagi saraan pakar itu sebagaimana yang Tribunal fikirkan patut.