Seksyen 45
Pemeriksaan balas pakar Tribunal
of Peraturan-Peraturan Pengurusan Strata (Tribunal Pengurusan Strata) 2015
P.U. (A)In forceProvision 45 of 55
Seksyen 45
Mana-mana pihak boleh, dalam empat belas hari selepas menerima sesalinan laporan pakar Tribunal, memohon kepada Tribunal untuk mendapatkan kebenaran untuk memeriksa balas pakar mengenai laporannya, dan atas permohonan tersebut
Tribunal hendaklah membuat suatu perintah bagi pemeriksaan balas pakar itu oleh semua pihak sama ada—
(a)
semasa perbicaraan itu; atau
(b)
di hadapan seorang pemeriksa pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.