Malaysia legislation
Section 47
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015
Seksyen 47
P.U. (A) 103 27
Jika seorang pakar Tribunal dilantik dalam suatu kausa atau perkara, mana-mana pihak boleh, apabila memberikan kepada pihak yang satu lagi masa yang munasabah sebelum pendengaran itu notis tentang cadangannya hendak berbuat demikian, memanggil seorang saksi pakar untuk memberi keterangan mengenai persoalan yang dilaporkan oleh pakar Tribunal tetapi tiada pihak boleh memanggil lebih daripada seorang saksi sedemikian tanpa kebenaran Tribunal, dan Tribunal tidak boleh memberikan kebenaran melainkan jika ia mempertimbangkan bahawa hal keadaan kes itu adalah munasabah.