Malaysia legislation
Section 48
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015
Seksyen 48
(1)
Apa-apa award yang diperoleh jika satu pihak tidak hadir semasa pendengaran, atau apa-apa award yang dibuat menurut perenggan 23(a), boleh diketepikan oleh Tribunal atas permohonan pihak yang terkilan itu.
(2)
Permohonan di bawah subperaturan (1) hendaklah dalam Borang 16 dalam tiga salinan dan mengandungi alasan, secara terperinci, kenapa award itu hendaklah diketepikan disertakan dengan fi yang ditetapkan dan hendaklah dibuat dalam masa tiga puluh hari selepas award diserahkan kepada pihak yang terkilan itu.
(3)
Borang 16 hendaklah diserahkan oleh pihak yang terkilan kepada pihak lain, atau jika lebih daripada satu pihak, kepada semua pihak.
P.U. (A) 103 28
Pembetulan award