Malaysia legislation
Section 9
of PERATURAN-PERATURAN PENGURUSAN STRATA (TRIBUNAL PENGURUSAN STRATA) 2015
Seksyen 9
(1)
Pihak yang menuntut hendaklah menyampaikan satu salinan Borang 1
yang telah ditandatangani dan dimeterai itu kepada tiap-tiap penentang dalam masa empat belas hari daripada tarikh ia dikeluarkan.
(2)
Walau apa pun subperaturan (1), Borang 1 yang telah ditandatangani dan dimeterai itu hendaklah sah bagi tempoh tiga puluh (30) hari daripada tarikh ia dikeluarkan dan pihak yang menuntut boleh, tertakluk kepada bayaran fi yang ditetapkan, memfailkan tuntutan baru selepas tamat tempoh tarikh itu.
Pembelaan dan tuntutan balas