Malaysia legislation

Section 8

of PERATURAN-PERATURAN PERANTI PERUBATAN 2012

Seksyen 8

(1)

Mana-mana orang yang berhasrat untuk menjadi badan penilaian pematuhan hendaklah memenuhi kehendak sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual

Keempat dan hendaklah memohon bagi pendaftaran kepada Pihak Berkuasa.

(2)

Permohonan bagi pendaftaran suatu badan penilaian pematuhan hendaklah dibuat dalam borang yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa.

(3)

Permohonan bagi pendaftaran suatu badan penilaian pematuhan hendaklah disertakan dengan yang berikut:

(a)

fi permohonan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima;

(b)

dokumen atau maklumat sebagaimana yang dinyatakan dalam borang yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa; dan

(c)

apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa.

(4)

Apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen tambahan lain yang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa di bawah perenggan (3)(c) hendaklah dikemukakan oleh pemohon dalam masa tiga puluh hari dari tarikh permintaan oleh Pihak Berkuasa.

10

Pendaftaran

Section 8 — PERATURAN-PERATURAN PERANTI PERUBATAN 2012