Seksyen 6
Pendaftaran
of Peraturan-Peraturan Peranti Perubatan 2012
P.U. (A)In forceProvision 6 of 22
Seksyen 6
(1)
Jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa semua kehendak bagi pendaftaran peranti perubatan telah dipenuhi, Pihak Berkuasa hendaklah menimbang permohonan itu dan boleh meluluskan atau menolak permohonan itu dan hendaklah memberitahu keputusannya secara bertulis kepada pemohon.
(2)
Fi yang kena dibayar bagi pendaftaran hendaklah sebagaimana yang ditetapkan dalam Jadual Kelima.
(3)
Pihak
Berkuasa hendaklah mendaftarkan peranti perubatan dan menyimpan peranti perubatan itu dalam Daftar bagi tempoh lima tahun dari tarikh pendaftaran melainkan jika pendaftaran itu dibatalkan oleh Pihak Berkuasa sebelum habis tempohnya.