Malaysia legislation

Section 9

of PERATURAN-PERATURAN PERANTI PERUBATAN 2012

Seksyen 9

(1)

Jika Pihak Berkuasa berpuas hati bahawa semua kehendak bagi pendaftaran badan penilaian pematuhan telah dipenuhi, Pihak Berkuasa hendaklah menimbangkan permohonan itu dan boleh meluluskan atau menolak permohonan itu dan hendaklah memberitahu pemohon secara bertulis keputusannya.

(2)

Fi yang kena dibayar bagi pendaftaran badan penilaian pematuhan hendaklah sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Kelima.

(3)

Pihak Berkuasa hendaklah mendaftarkan badan penilaian pematuhan dan menyimpan badan penilaian pematuhan itu dalam Daftar bagi tempoh tiga tahun dari tarikh pendaftaran melainkan jika pendaftaran itu dibatalkan oleh Pihak Berkuasa sebelum habis tempohnya.

Pembatalan pendaftaran

Section 9 — PERATURAN-PERATURAN PERANTI PERUBATAN 2012