Malaysia legislation
Section 17
Seksyen 17
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 13 dengan peraturan yang berikut:
“Mempamerkan Brosur Sistem Insurans Deposit dalam premis dan pada terminal layan diri 13.
(1)
Suatu anggota penerima deposit hendaklah dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang disifatkan sebagai perlu atau suai manfaat oleh Perbadanan mempamerkan secara ketara salinan Brosur Sistem Insurans Deposit di setiap premisnya dan hendaklah menyediakan salinan Brosur Sistem Insurans Deposit itu kepada pendeposit atau orang lain.
(2)
Suatu anggota penerima deposit hendaklah pada setiap terminal layan dirinya memaklumkan dalam apa-apa cara yang ditentukan oleh
Perbadanan bahawa salinan Brosur Sistem Insurans Deposit ada disediakan di setiap premisnya dan salinan Brosur Sistem Insurans Deposit itu boleh di dapati di mana-mana premisnya, laman sesawang anggota penerima deposit dan laman sesawang Perbadanan.”.
Pindaan peraturan 14