Malaysia legislation
Section 19
Seksyen 19
Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 15 dengan peraturan yang berikut:
“Mempamerkan representasi keanggotaan dan Brosur Sistem Insurans
Deposit pada laman sesawang dan akaun dalam laman rangkaian sosial 15.
(1)
Apabila suatu anggota penerima deposit mempunyai laman sesawangnya sendiri atau berkongsi suatu laman sesawang dengan institusi anggota yang lain, anggota penerima deposit itu hendaklah mempamerkan pada halaman utama laman sesawang itu—
(a)
representasi keanggotaan di bawah subperaturan 10(1);
dan
(b)
suatu hiperpautan, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Perbadanan, kepada halaman sesawang yang Brosur
Sistem Insurans Deposit dipamerkan.
(2)
Apabila suatu anggota penerima deposit berkongsi laman sesawang dengan suatu institusi bukan anggota dan laman sesawang itu mengandungi representasi yang berhubungan dengan deposit, anggota
17
penerima deposit itu hendaklah mempamerkan pada halaman sesawang yang mengandungi representasi yang berhubungan dengan deposit—
(a)
representasi keanggotaan di bawah subperaturan 10(1);
dan
(b)
suatu hiperpautan, mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh
Perbadanan, kepada halaman sesawang yang
Brosur Sistem Insurans Deposit dipamerkan.
(3)
Apabila suatu anggota penerima deposit mempunyai suatu akaun di mana-mana laman rangkaian sosial bagi maksud memberikan maklumat mengenai depositnya atau mempromosikan atau menawarkan jualan depositnya, anggota penerima deposit itu hendaklah mempamerkan representasi keanggotaan di bawah subperaturan 10(1) dalam apa-apa cara yang ditentukan oleh Perbadanan.
(4)
Apabila representasi keanggotaan itu dipamerkan oleh suatu anggota penerima deposit mengikut perenggan
(1)
,
(2)
(a)
atau subperaturan (3), perubahan boleh dibuat kepada saiz keseluruhannya bagi maksud paparan elektronik asalkan perkadaran representasi keanggotaan itu, sebagaimana yang disediakan oleh Perbadanan dikekalkan dan representasi keanggotaan itu hendaklah dalam saiz yang secara jelasnya mudah dibaca.”.
Pemotongan peraturan 16