Seksyen 21
Peraturan 17 Peraturan-Peraturan ibu dipinda—
(a)
dalam nota bahu dengan menggantikan perkataan “Daftar” dengan perkataan “Senarai”;
18
(b)
dengan menggantikan perkataan “daftar” di mana-mana jua terdapat dengan perkataan “senarai”;
(c)
dengan menggantikan subperaturan (4) dengan subperaturan yang berikut:
“(4)
Senarai itu hendaklah dipamerkan pada laman sesawang anggota penerima deposit dan anggota penerima deposit itu hendaklah juga mempamerkan secara ketara di premisnya suatu notis yang memaklumkan orang awam bahawa senarai itu tersedia pada laman sesawangnya.”;
(d)
dengan memotong subperaturan (5);
(e)
dalam subperaturan (6), dengan menggantikan perkataan “sesalinan”
dengan perkataan “sesalinan terkini”; dan
(f)
dengan memotong subperaturan (7).