Malaysia legislation

Section 22

of PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI INSURANS DEPOSIT) (PINDAAN) 2019

Seksyen 22

Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 18 dengan peraturan yang berikut:

“Penzahiran sebaik sebelum pembukaan suatu akaun deposit atau pembelian suatu deposit 18.

(1)

Suatu anggota penerima deposit hendaklah sebaik sebelum pembukaan suatu akaun deposit atau pembelian suatu deposit oleh bakal pelanggan daripada anggota penerima deposit, menzahirkan kepada bakal pelanggan itu sama ada wang yang diterima oleh anggota penerima deposit itu bagi pembukaan akaun deposit atau pembelian deposit itu ialah suatu deposit diinsuranskan atau deposit tidak diinsuranskan.

19

(2)

Apabila akaun deposit atau deposit itu ialah suatu deposit diinsuranskan, anggota penerima deposit hendaklah—

(a)

menarik perhatian bakal pelanggan itu kepada status kebolehinsuransan akaun deposit atau deposit itu dengan menggunakan salah satu daripada pernyataan di bawah subperaturan 3(1);

(b)

memberikan bakal pelanggan itu sesalinan Brosur Sistem

Insurans Deposit; dan

(c)

memohon suatu perakuan bertulis daripada bakal pelanggan itu bahawa dia telah diberitahu mengenai pernyataan di bawah perenggan (a) dan telah menerima

Brosur Sistem Insurans Deposit di bawah perenggan (b).

(3)

Apabila akaun deposit atau deposit itu ialah suatu deposit tidak diinsuranskan, anggota penerima deposit hendaklah—

(a)

menarik perhatian bakal pelanggan itu kepada status kebolehinsuransan akaun atau deposit itu dengan menggunakan salah satu daripada pernyataan di bawah subperaturan 4(1);

(b)

memberikan bakal pelanggan itu sesalinan Brosur Sistem

Insurans Deposit; dan

(c)

memohon suatu perakuan bertulis daripada bakal pelanggan itu bahawa dia telah diberitahu mengenai pernyataan di bawah perenggan (a) dan telah menerima

Brosur Sistem Insurans Deposit di bawah perenggan (b).

20

(4)

Setiap pernyataan yang dibuat di bawah peraturan 3, 4, 5, 6, 7, 7A,

8, 11A, subperaturan 18(2) dan 18(3), hendaklah dalam saiz dan cetakan yang secara jelasnya mudah dibaca.

(5)

Apabila suatu deposit diinsuranskan ialah suatu akaun amanah, anggota penerima deposit itu hendaklah, sebaik sebelum pembukaan akaun amanah itu, memaklumkan orang yang bertindak sebagai pemegang amanah mengenai obligasinya berhubung dengan kehendak penzahiran akaun amanah di bawah Akta.”.

Peraturan baharu 18A, 18B dan 18C

Section 22 — PERATURAN-PERATURAN PERBADANAN INSURANS DEPOSIT MALAYSIA (PERUNTUKAN MAKLUMAT MENGENAI INSURANS DEPOSIT) (PINDAAN) 2019