Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pengemukaan maklumat kepada Perbadanan
(1)
Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam subperaturan (2), suatu anggota penanggung insurans hendaklah, bagi setiap tahun taksiran, mengemukakan kepada Perbadanan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan dalam tempoh dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh
Perbadanan untuk pentaksiran anggota penanggung insurans itu bagi maksud levi menurut Peraturan-Peraturan ini.
P.U. (A) 221 3
(2)
Subperaturan (1) hendaklah tidak terpakai —
(a)
bagi suatu anggota penanggung insurans yang tidak dikehendaki untuk mengemukakan maklumat kepada Perbadanan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan 21(1) Jadual; dan
(b)
bagi suatu anggota penanggung insurans yang tidak dikehendaki untuk membayar levi di bawah subseksyen 71(3) atau perenggan 73A(1)(c) Akta.
Pentaksiran anggota penanggung insurans bagi maksud levi