Skip to content

Seksyen 3

Pengemukaan maklumat kepada Perbadanan

of Peraturan-Peraturan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (Sistem Levi Berbeza Berkenaan Dengan Anggota Penanggung Insurans) 2023

P.U. (A)In forceProvision 3 of 10
Seksyen 3

(1)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam subperaturan (2), suatu anggota penanggung insurans hendaklah, bagi setiap tahun taksiran, mengemukakan kepada Perbadanan apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Perbadanan dalam tempoh dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Perbadanan untuk pentaksiran anggota penanggung insurans itu bagi maksud levi menurut Peraturan-Peraturan ini.

P.U. (A) 221 3

(2)

Subperaturan (1) hendaklah tidak terpakai —

(a)

bagi suatu anggota penanggung insurans yang tidak dikehendaki untuk mengemukakan maklumat kepada Perbadanan sebagaimana yang dinyatakan dalam subperenggan 21(1) Jadual; dan

(b)

bagi suatu anggota penanggung insurans yang tidak dikehendaki untuk membayar levi di bawah subseksyen 71(3) atau perenggan 73A(1)(c) Akta.