Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Permohonan untuk semakan semula kepada Perbadanan
(1)
Tertakluk kepada subperaturan (2) dan (3), suatu anggota penanggung insurans yang terkilan dengan keputusan yang diberitahu di bawah peraturan 6 boleh memohon untuk suatu semakan semula secara bertulis kepada Perbadanan dalam tempoh yang dinyatakan dalam garis panduan berkenaan dengan sistem levi berbeza sebagaimana yang boleh dikeluarkan oleh Perbadanan dari semasa ke semasa atau dalam apa-apa tempoh lain sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
(2)
Suatu permohonan untuk semakan semula di bawah subperaturan (1)
hendaklah hanya dibuat jika—
(a)
terdapat suatu kesilapan dalam maklumat yang dikemukakan oleh anggota penanggung insurans itu kepada
Perbadanan di bawah peraturan 3; atau
(b)
terdapat suatu kesilapan oleh
Perbadanan dalam pentaksiran anggota penanggung insurans itu bagi maksud levi.
(3)
Walau apa pun subperaturan (2), suatu permohonan untuk semakan semula kepada Perbadanan tidak boleh dibuat berkenaan taraf pengawasan anggota penanggung insurans itu.
(4)
Walaupun anggota penanggung insurans itu telah mengemukakan suatu permohonan untuk semakan semula kepada Perbadanan di bawah subperaturan (1), anggota penanggung insurans itu hendaklah membayar levi bagi tahun taksiran itu pada tarikh sebagaimana yang ditentukan oleh Perbadanan.
Semakan semula oleh Perbadanan