Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
(1)
Selepas semakan semula, Perbadanan boleh mengubah atau meminda keputusan pentaksiran suatu anggota penanggung insurans bagi suatu tahun taksiran dan dalam hal sedemikian, kadar levi yang terpakai bagi anggota penanggung insurans itu hendaklah disemak semula sewajarnya.
P.U. (A) 221 5
(2)
Jika Perbadanan memutuskan terdapat perbezaan amaun bagi apa-apa levi yang kena dibayar oleh suatu anggota penanggung insurans, anggota penanggung insurans itu hendaklah membayar kepada Perbadanan, atau Perbadanan hendaklah membayar balik kepada anggota penanggung insurans itu, perbezaan amaun itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3)
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Perbadanan ke atas suatu semakan semula berkenaan dengan suatu anggota penanggung insurans adalah muktamad.
Pemberitahuan keputusan semakan semula